HUBUNGI


UTAMA


Bila anda memikirkan tentang branding atau lebih dikenali sebagai penjenamaan, sudah tentu anda akan befikir tentang perkara asas seperti logo kreatif, tagline yang bijak, dan pemilihan warna yang bersesuaian tentang produk anda. TETAPI! realiti penjenamaan bukan setakat ini sahaja, ia memerlukan hubungan antara klient yang lebih mendalam. Bayangkan, ramai pesaing anda diluar tetapi anda masih lagi di antara yang tertinggal di belakang. Akhirnya, produk anda menjadi salah satu bahan alasan mengapa bisnes anda tidak berjaya. Di sini kita lihat sejauh mana penjenamaan yang betul dan bijak mampu memberi perubahan yang besar dalam kejayaan bisnes anda.


1. IMEJ YANG MENUNJUKKAN DEDIKASI

Anda ingin menyampaikan jenama yang memiliki imej padu terpulang daripada sejauh mana anda berbelanjakan masa, wang, kekuatan minda anda sendiri terhadap produk yang bakal anda pasarkan kepada klient. 

Anda perlu memiliki identiti yang krisis. Contohnya, jika anda berbincang tentang produk yang sofistikasi, tetapi rekaan logo yang kelihatan kartunis, potensi pelanggan membuat tanggapan produk jualan anda masih di tahap awal akan berlaku. Secara tidak langsung pelanggan akan kurang tertarik untuk membeli barangan anda. Pastikan jenama anda mencerminkan kekuatan dan kelebihan yang ada pada produk anda sendiri.


2. Sesuatu yang "MEMORABLE"

Pernahkah ada terlihat suatu paparan produk yang memiliki daya tarikan sendiri yang entah datang dari mana "DAYA" ini ? ini sebabnya : jika imej anda "gojes" tetapi penjenamaan anda lemah, kamu tidak akan lihat hasilnya. TETAPI! jika penjenamaan anda sukar dilupakan dan menjadi bualan orang ramai, anda berpotensi untuk melangkah ke tahap seterusnya.

Orang ramai akan mula mengenali produk anda sekaligus menjadikan anda sebagai "inspirasi" dan status anda seolah-olah berguling ke arah yang diluar jangkaan anda sendiri. Walaupun pasaran anda agak suram pada awalnya, tetapi jenama anda mula dikenali orang ramai, anda pasti dapat melihat sendiri perbezaan pasaran anda pada hari-hari yang seterusnya.


3. MESEJ YANG JELAS.

Jenama yang kukuh memiliki imej yang jelas dan mudah difahami mampu menarik kesetiaan pelanggan anda untuk terus membeli atau menggunakan perkhidmatan anda. Emosi "audience" lebih penting untuk memastikan urusan jual beli berlaku. Rekaan logo, harga, atau pun khidmat anda mungkin tidak lagi menjadi bualan yang utama bagi pelanggan anda kerana dalam produk anda sendiri sudah memiliki aset yang tersendiri seperti imej dan mesej yang menarik.

Pedulikan permintaan rakan-rakan anda tentang visualisasi penjenamaan anda. Perkara utama yang perlu anda titik beratkan ialah refleksi personaliti jenama sekaligus mencerminkan siapakah "audience anda". Cthnya. Anda obses dengan "misteri" -- jenama perlu berunsurkan elemen misteri.


4. UNIK/ LAIN DARIPADA YANG LAIN

Pesaing mungkin mudah mencari lokasi kegemaran anda, kehebatan luar biasa proses penjenamaan anda atau replikasi pos anda sendiri tetapi pesaing tidak akan mampu mencipta semula getaran jenama anda, kerana pesaing tetap pesaing dan mereka bukan tuan milik jenama anda. Jika jenama anda kukuh, pelanggan akan mengakui anda sebagai tulin -- dan mereka tidak akan berminat terhadap produk duplikasi produk anda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jadi diri sendiri. Sebagai ahli niaga, anda akan biarkan imej berbicara sendiri. Tetapi Pemilik syarikat, anda memerlukan jenama yang unik untuk berbicara tentang khidmat anda sendiri.